Monday, March 9, 2009

Cuti chut chut chut...

Salam Maulidur Rasul :) semoga kita semua dirahmati Allah selalu. Sejuk mata memandang TV personalities hari ni semuanya berpakaian sopan santun. Walaupun macam tak kena gaya tapi the effort is there. Kudos! Lagi sejuk mata memandang bila bukak newspaper ada iklan Celcom Zed Zaidi yang kacak berbaju Melayu. Ngeee~~

Ketika ini, mak aku sedang kalut dok korek baju UMNO nak pakai satgi nak pi berarak beramai-ramai kat area Tanjung. Tup tup elok nak iron baju tu tebakaq. Kehkehkehkeh...


keduanya, happy 50th birthday to the most adorable fake woman in the world, Barbie. Ngeh ngeh ngeh...

Sebelum aku terlupa dan terlanjut bicara, meh nak bagitau pasaipa lagu Britney Spears "If you seek Amy" telah kena banned disekitar radio didunia. Mula-mula agak konpius jugak sebab lagu ni agak sedap. Rupa-rupanya lagu ni contains subliminal message ataupun mesej tersembunyi dan tersorok.

If- F
You- U
Se- C
ek A - K
my - Me

Haa..itulah kisahnya..sebenarnya untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan banyak benda disekitar kita terdapatnya mesej tersembunyi nih. Apa tujuan sebenarnya disembunyikan aku tak pastilah tapi selalunya mesej-mesej ni kebanyakkannya adalah berunsur negatif atau boleh mencetus kontroversi. Syarikat-syarikat mega seperti Coca Cola dan Pepsi memanglah selalu suka menyorokkan mesej sebegini. Banyak...kartun-kartun innocent kat Disney pon ada wooo..kalau nak tahu lebih lanjut silalah Google ya :)

Sabtu lepas kami segerombolan rakan-rakan wanita telah pi makan-makan kat tempat paling shuurrr kat Penang yakni, Jemputree . Best. Lagi bertambah best sebab semua besties aku ada sekali. Cuma part sedihnya kami keluaq ramai-ramai ni as farewell dinner to Aqidah yang dah nak pindah pi KL. Tapi apapun aku bangga sebab dah 7 tahun kami meninggalkan alam persekolahan namun kami masih geng :)


konfem! lagi 27 tahun kalo panjang umoq tengok balik gambaq ni sure gelak guling punya!!

And, kelmarin aku lalu kat Gurney Drive. Dan aku sangat terkejut dan terkedu dengan rasa takjub sebab aku nampak RAINBOW!! Seingat aku last aku nampak pelangi kat laut Penang ialah masa aku sekolah rendah. Tu pun nampak kat laut depan sekolah aku masa dok tunggu bas sekolah. So aku memang excited tahap gaban bila nampak. Rasa macam nak ja park keta and turun tangkap gambaq tapi disebabkan jam yang melampau aku terpaksa multi tasking sambil jadi driver and photographer. Sib baik aku tak terlanggaq tebing batu mana-mana.


Simply magnificient


:) minat!

Kepada yang cuti hari ni, selamat cuti chuut! chuut! chutt!

Currently listening to:
Christina Milian - Us against the world
M.A.R.S. - Pump up the volume

No comments: