Wednesday, August 25, 2010

panas badan

Hari ni sangatlah mengaplikasikan mode "Grumpy Old Fart". Sebabnya bangun-bangun pagi dah sakit kepala tak tahan! Siap melelong-lelong nak turun dari katil. Badan sakit-sakit dan hidung rasa tak best. Sikit phobia pun ada jugak maklumlah saya kan bekas pesakit H1N1 (haaa..dok gelak apa tu dok kata selsema babi la tu ingat orang tak tau?) Bila badan tak sedap, kepala rasa macam nak hantuk kat dinding, mulalah nak grumpy segala. Semua benda rasa tak kena. Lampu toilet lambat menyala pun rasa nak menyumpah tahap nak gigit-gigit light bulb tu!



So, lepas bangun sahur buat-buat sibuk sikit rasa badan macam tak boleh menahan untuk the whole day. Kalau tak dapat tahan, kenalah berbuka puasa. Syok yes, tapi kalau tak sihat tak posa takdak maknanya sebab bukan boleh enjoy makan pun. Then nak kena ganti pulak?! Then, bila letak jari jemari dalam rambut-rambut rasa panas woooo!! Tahap berbahangnya my body! Ni bukan apa, kurang minum air. Bila bulan puasa ni, waktu berbuka makannya banyak,minum airnya sikit. Nak langgah minum air kosong bila malam tak terlarat sebab perut dah rasa ketat sangat. Lama-lama badan panas lah. Untuk mengelakkan benda bahang ni jadi lebih teruk (mula dia sakit kepala then sakit kerongkong then demam), maka cergaslah I pergi mendapatkan remedy.
Note: Ini adalah amalan buruk saya (makan banyak,minum sikit). Patutnya puasa ini lebih menyihatkan dan tak bawa apa-apa masalah.

Remedy untuk hilangkan panas badan mengikut pengalaman diri sendiri lah kan ialah minum air asam jawa. Yes memang masam dan selepas minum tu, tunggu sat mesti akan buat lawatan sambil belajar ke bilik air ;) Itu tak dinafikan tapi ianya amat berkesan dalam menghilangkan panas badan. Senang ja nak buat air tu. Ambik asam jawa rendam-rendam, ambik air dia taruh garam, taruh skit ja gula then tambah air sejuk bagi penuh satu gelas. Then langgah minum. Tunggulah lepas 40 minit, sejam macam tu sedialah untuk lawatan :) Dalam masa 1.5 jam lepas minum air tu sakit kepala insyallah akan hilang. Badan pun terasa ringan. Tapi kalau takdak jadi apa lepas minum, cepat-cepatlah pi doktor sah-sah tu tanda memang nak demam teruk. Mind you, remedy ni untuk panas badan yang rilek-rilek ja bukan yang tahap serious kekontangan.



Lagi satu remedy untuk hilangkan panas badan ialah minum air barli. Ini memang sedap dan boleh ulang minum berkali-kali sampai habih satu periuk! Tapi nak buat dia renyah. Tapi rasanya tak renyah kot, just rebus barli tu. Ok, kemalasan yang buat dia rasa macam renyah. Terus terang I tak pernah buat air barli. Selalu mama ja yang dok buat. I faithfully jadi tukang perabis ja :)



Ketiga, minum ayaq nyioq muda. Tak paham? Air kelapa muda. Kat Penang, ada satu tempat yang memang macam pusat nyioq. Tempat tu dekat Abu Siti Lane. Otai-otai buah nyioq selalu port kat situ. Mamak nyioq tu tahap terer tak terer dah bergelumiang dengan nyioq, tahap dia boleh pegang parang/sabit dia tu macam pegang pen Kilometrico ja!!!!! Air kelapa muda dikatakan sebagai penawar badan selain boleh hilangkan kepanasan badan.



Oh, perkara tak kena mengena sat; dikatakan jugak air kelapa muda ni bagus sebagai penawar untuk kucing. Kalau kucing sakit, termakan benda-benda aneh ka apa, bagi dia minum air kelapa muda dia akan ok. Secara jujur, I never try it. Secara jujur jugak, ada 2-3 orang yang I kenal dah try and it works.

Ok sambung balik. Keempat, minumlah air cap badak. Betoi-betoi nama air ni bukan air cap badak tapi just because ada gambar badak (tak pasti badak sumbu or badak air) kat botol dia jadi dia dikenali air cap badak. Dulu ada cerita kata air ni ialah air hasil rendaman sumbu badak woooo!!!!!! Sebab tu kononnya berkesan! Gila epic cerita ni. Dari kecik sampai ke besaq percaya. Tapi setelah satu hari kebosanan tak buat apa, I read the ingredients rupanya dia letak benda-benda alah lain dalam air tu. Shaiiihhhssss!! Berkesan atau tak? For me, air ni tak berkesan. Dulu masa kecik yes, tapi sekarang dah tua bangka, dah pandai minum kopi 3-4 cawan sehari, air ni is no longer berkesan untuk mengurangkan kepanasan badan.



Ok rambler mode: ON tak tahulah kan masing-masing orang ada masing-masing 'pe-el' tentang badannya. As for me, kalau badan ni panas sangat dan dibiarkan melarat, sebelum nak sakit kerongkong etc, dia akan kena selsema dulu. Bukan selsema yang serious, selsema yang kira beginner level macam tu. Selalunya I'll pop in Clarinase takmau melarat tapi larat mana nak makan ubat kan? Kena pulak Clarinase satu papan RM 18 kan? Mau pulak macam selang 2 minggu mesti kena selsema so sekarang dah jumpa remedy untuk tangkiskan selsema level beginner ni. Caranya ialah ambik lemon, hiriskan. Ambik jus dia tu dan campurkan dengan madu. Kemudian telan! Sedap sangat sebab rasa masam and manis. But I prefer kalau tambah air panas. Buat macam minuman instead of makan macam tu saja. Rasa sangat soothing lepas tu dan selsema pun akan stop by the end of the day :) Cuba minum tu kan sambil dengar lagu Bob Marley or Simply Red serious rasa macam relax kena pulak angin fan sepoi-sepoi rambut sehelai dua terbang pi mai-pi mai. Ok, stop.



Ada orang cakap jugak, kalau waktu selsema tu jangan makan ayam nanti susah nak baik selsema. Betoi ka? Mana boleh hidup kalau tak makan ayam!!!!




Sapa ada lagi petua hilangkan panas badan? I would love to know :) Happy sharing and selamat mencuba:)

p/s: Air asam jawa tu berkesan ya sebab lepas tu badan and kepala dah ringan jadi dapat puasa the whole day. Alhamdulillah :) Ni baru panas dunia, panas neraka macam mana??? Ayaq asam 1 gelen pun tak jadi apa..renungan untuk diri sendiri sempena Ramadhan..hehehe


Photos are courtesy of Google Images

2 comments:

kak imah said...

i pon ingat yr advice on air asam jawa tue. dah cuba & berkesan

Anonymous said...

badut!