Tuesday, October 26, 2010

hah! mari kita sama-sama cuba jom?!!!

Hi folks,

I NAK GILA KUASA NAK BAGI RESEPI YANG I SENDIRI TAK PERNAH BUAT LAGI. MUAHAHAHAHHAHAHAHHAA!! (boleh pulak kan? selalu resepi orang tu dah cuba baru kongsi)

Untuk pengetahuan, buat masa ni I tengah berpantang makan demi menguruskan badan menjaga kesihatan. Jadi makanan yang masuk dalam list pantang merupakan makanan asasi I selama ini iaitu AYAM, TELUR, SEAFOOD dan segala makanan lain yang boleh menyebabkan kegatalan yang tak dapat dibendung wajib dielakkan buat masa ini. The reason being is I tengah menjaga parut belahan perut (ok, that's another story to share soon). Jadi apabila segala manekam makanan ini tak dapat dijamah I jadi tak keruan lah seperti mak mah dirasuk sebab makan sekarang sangat takdak feel.

Maka untuk tunggu lagi 3 minggu tempoh pantang ni sambil menghayati cuti sakit (yes, baru kerja tak sampai sebulan dah MC lebih seminggu!!!) I pun memburu resepi-resepi enak yang I akan cuba buat untuk melantak sesudah tamatnya tempoh pantang ni! Ini ialah resepi pertama yang I akan cuba buat. FYI, I tak reti masak (panggil apa ar? kaki kuali? tangan senduk?) jadi resepi-resepi yang I pilih semua yang mudah-mudah ja kira yang I confident I boleh cuba jaya.

Ni resepi pertamanya: Sorbet laici dan halia (Lychee and ginger sorbet)

Bahan:
2 x 400g laici dalam sirip (yang dalam tin tu)
2 sudu kecik gula kastor
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
1 putih telur *note:ni yang kena pantang ni!!!!*
2 batang halia dikatok dahulu dan direndam dalam sirap (air gula)

Cara:
1. Tapis laici dari tin tu. Asingkan laici tu dan ambilkan sirap dia ja.
2. Tuang sirap tu dalam periuk dan masukkan gula. Biar gula cair dan didihkan selama 1 minit.
3. Then laici tu letakkan dalam blender (pengisar) masuk juga hirisan halia dan sirap laici yang dah didihkan awal tadi tu. Caution it is hot (konon!!!! I pun belum cuba buat lagi ni pun...bwahahaha)
4. Blend semua tu kemudian masukkan dalam bekas. Bekukan selama 6 jam atau sampai keras.
5. Lepas dah beku, pecahkan dan masukkan dalam food processor. I dok nampak-nampak I akan masukkan dalam mixing bowl. Lepas pecah-pecahkan, masukkan putih telur dan pukul (whizz) sampai tebal, pucat dan gebu. Dah jadi gebu tu masukkan balik dalam bekas.
6. Bekukan semalaman (bapak lama gila resepi ni)
7. Dah boleh hidang. Masa nak hidang tuangkan sirap / air gula yang kita rendam batang halia tu la.




I reckon sorbet ni mungkin rasa manis-manis pedak-pedak. Ooooh kena cuba cepat ni!!! Ingat esok jugak nak pi cari laici lah! :) Ok, ni gambar sorbet ni. Bila I dah cuba, I akan letak gambar sorbet I pulak. Hehehehehe..

Untuk pengetahuan, resepi asal ni diambil dari Dailymail (sila click untuk tengok resepi asal ni)

Selamat mencuba kepada diri saya sendiri dan kepada 2 orang kamu yang sedang baca ni :p

1 comment:

Ayu Ikhwani said...

Sape 2 org yg bace? Waahh.. mcm menarik ja Liza.. tp tang halia tu yg berat skit.. pedasss~~