Apa bikin? I bikin busy. Baru mula kerja baru. Not bad...Alhamdulillah so far so good (cis, baru sehari pi kerja cakap lagu sebulan!). Dah lama sebenaqnya tak masuk kerja yang formal. Before this dok buat freelance maka sangat freedom. Boleh pakai tshirt pi market berserta selipar comot cat rumah tapi dah kerja formal ni kenalah bersiap maka kenalah serika baju maka keluarlah kata-kata sumpahan kepada pencipta iron. Ok tak kena mengena.
Ni dah masuk Oktober bermakna... INI IALAH BULAN SAYA!!! :) :) :) Sesungguhnya October dah pun berjaya membawa perubahan dan sesi mari belajar dalam kehidupan seharian Cik Menon ni. Antaranya:
1. Pertama kali kereta rosak macam tahap gaban terkejut beruk di atas jalan. Menguji skill untuk handle situation macam ni. Sesungguhnya tak berjaya handle kerana sangat blur.
2. Pertama kali mendapat gelaran pembunuh. Akibat kereta rosak dan gelabah gedey, I didn't look for the kitten bawah kereta. Lalu anak kucing tu terbunuh. Dahlah anak kucing kesayangan. Menguji skill untuk menerima takdir yang benda dah nak jadi, kita tak boleh buat apa selain berserah. Sesungguhnya dapat menerima takdir setelah teriak macam pompuan gila lalu ditempik oleh kakak.
3. Ahli keluarga tak ada rezeki untuk mendapat cahaya mata baru. Akibat jangkitan kuman, bayi yang dikandung terpaksa dikeluarkan. Sangat menguji skill sebagai seorang wanita, manusia dan menghargai kehidupan. Still coping.
4. Mendapat hobi baru sempena umur hampir mencecah 25 tahun. Hobi membela pokok orkid. Belajar skill baru iaitu jangan spray baja kat pokok yang tengah tergantung tinggi, masuklah ayaq baja dalam mata hang bongok wei!
5. Oh! Saya telah berkerja. Seperti yang disebutkan diatas, bekerja secara rasmi. Harapnya murah rezeki dapat diserap as permanent staff. Insyaallah..harap yang terbaik semuanya. Menguji skill untuk berjaga dari tidur, mengurangkan gejala melanggah nescafe dan duduk diatas kerusi melebihi 3 jam. Still coping juga.
6. Permulaan hidup baru untuk Cik Menon dan Mr. Batcha. Kebetulan kami sama-sama have new beginnings at the same time. Mr. Batcha baru bukak kedai jadi dia amat busy. Kami dah lama tak jumpa T_T
7. Belajar skill gomoi budak kecik yang tembam lagi menggeramkan iaitu Khaled Hussin!!
Sekarang dapat faham perasaan seorang ibu rasa risau kat anak. Bayangkan tahap risau kot-kot baby nangis time tidur, ayam kat luar berkokok pun lari masuk check baby ka yang bunyi. Kucing jantan bergaduh berebut kucing betina janda yang hot macam Rozita Che Wan pun lari masuk check kot-kot baby yang teriak. Haaaiihhhsss....
8. Akan mencapai usia 25 tahun Sabtu ni. Menguji skill akan digelar sebagai wanita yang ada sudah mula tumbuh kedutan di muka. Seriously rasa sangat tua T_T
9. Baru sedar yang bila ada Popular member card diskaun yang dapat memang terasa. Menyesal sikit sebelum ni dok beli kat tempat lain. Patut pi Popular lebih awai since dah ada card.
10. Anak menakan yang selama ni asyik merongot mengadu domba nak gf dahpun selamat bertunang!! :) :) :) Sedang belajar skill menepis soalan " Hang bila lagi wei? " . Sesungguhnya soalan sebegitu tak boleh ditepis. Tapi untuk buat orang yang tanya tu terus senyap dan drop water face ialah dengan memberi respon " La ni jugak boleh kahwin kalau ampa mau sponsor kat kami!" Hah! Ambik! Tanya lagi! Tanya! Respon sebegini boleh jugak dipraktikkan kepada golongan gadis yang masih single dan para isteri yang masih belum mendapat cahaya mata. Sibukkan tanya soalan rupa sebegini??! Macam d'oh.......sapa takmau kahwin? sapa takmau bf? sapa tak mau anak? Kalau dah tak nampak tu kira takdak la tak payah la nak tanya-tanya lagi. Kan? kan? kan?
Ok. Tiba-tiba membebel pulak. Ok, gambar hobi baru akan datang esok! :)
1 comment:
aliza mak lawak sejati
Post a Comment