Sekarang I nak share some tips tentang perihal melawat orang di hospital melalui pengalaman I yang berkhemah di hospital untuk 3 kali tahun ni. Ni kira dari sudut pandangan pesakit la..apa yang pesakit harapkan, suka, tak suka bila dia terlantar atas katil hospital. Mind you, tak semua pesakit ada sifat mengada macam I ok. Bwahahahaha! Ok here it goes:
1. Bosanlah yang datang asyik bawak biskut. Bukan nya pesakit tu ada selera nak makan biskut pun. Maka, instead of bawak biskut bawa lah buah. And please, jangan buah yang oh so typical untuk ke hospital iaitu buah oren dan epal. Masalah jugak sebab buah oren makan nanti batuk or cirit kang pesakit nak merempit ke tandas banyak kali pulak. Buah epal pulak keras nak gigit kang tak hadam. Bawaklah buah anggur (preferably yang seedless), buah kiwi, apricot kering ka...kira buah yang ringan dan rasa buah-buah ni macam masam-masam manis maka rasa meloya tengok katil hospital pun boleh reda bila makan buah-buahan ni.
2. Vitagen. Serious rasa seronok minum vitagen bila dalam hospital. Lagi satu milo kotak. Tu pun rasa seronok jugak minum. Terus rasa bertenaga.
3. Bawak majalah. Oh please jangan bawak majalah Mangga atau URTV pulak ok. Terus masuk ICU kot tengok tu bwahahahahaha! Bawaklah majalah yang berilmiah macam National Geographic ka..kira majalah yang banyak gambar sebab fasa nak belek majalah ni pesakit tu belum lagi ada energy cukup nak concentrate membaca. So dia nak belek-belek tengok gambar ja. By the time dia ada energy cukup dia dah tak belek majalah, dia dah mula jalan-jalan ronda keliling hospital. Dan please, jangan jugak bawak majalah Mastika atau sewaktu dengannya. Sapa nak baca kisah-kisah mistik dan hantu setan dalam hospital wei....
4. Jangan duduk terlalu lama masa melawat. Pesakit akan rasa terganggu sikit. Ya lah, pesakit tu nak tidur ka, nak kentut ka tapi ada orang keliling dia mestilah dia malu (yes, ini pengalaman sebenar). Paling lama yang selesa duduk I rasa maybe 30 minutes macam tu unless pesakit tu sendiri request pelawat dia duduk lama.
5. Sebelum melawat, himpunkan cerita lawak. Bila melawat orang, selain doakan dia untuk sembuh bila pelawat tu dok buat hiburan masa lapang ceritakan cerita pak lawak memang rasa lega dan sihat. Laughter is the best medicine yall.
6. Jangan cerita tentang makanan yang enak dan mengliurkan yang terdapat di luar hospital kepada pesakit. Sebabnya ada pesakit yang kena pantang makan, jadi bila dok dengar cerita makan-makan ni dia akan depressed. Seriously depressed.
7. Sebelum nak balik rumah tu pergilah salam, cium dahi ka, atau pegang tangan pesakit tu. Or just cakap "cepat baik, cepat balik rumah, kami semua rindu kat you". Walaupun cakap tanpa keikhlasan, pesakit akan berasa terharu dan semangat untuk cepat baik secara automatik.
Ok, tu tujuh tips yang dapat difikirkan melalui pengalaman sebenar. Yang most importantly, janganlah lupa untuk berdoa supaya pesakit tu sembuh. Kalau pesakit tu jenis yang ok dan tak kisah untuk ajak berdoa sama-sama, offerlah untuk baca doa sembuh penyakit bersama-sama dia. Simple as that :)
Orait harap tips ni membantu sikit sebanyak! Ingat, kawasan hospital tak boleh honk...jadi kalau nak kena signal kat orang cakaplah, PON! PON! PON! hehehehhehe
Photos courtesy of weheartit.com
4 comments:
Komen dari Cik Nymous (as in Anonymous..hehehe...)
Hahahahaa....sangat bagus petua cam ni... haritu pun ada kawan share tips melawat orang berpantang... benda2 cam ni berguna coz datang dr kacamata hati jiwa 'orang yang dilawati'. Kadang2 memang kita rasa niat kita baik tapi dari sudut yg lain pula menimbulkan ketidak selesaan pada org yang sedang dilawati. Siapa lagi penting, yg melawat ke yg dilawat. Ha. Kan? mestila yang dilawat dan sedang dalam kesakitan/kesusahan. Good post!
greetings cik nymous! :) thank you for ur comment :) aaawww....jika u pun ada tips ada suggestion tentang tips apa2 share kan lah :)
buah kiwi, apricot, anggur tu mahal...sebab tuh orang selalu bawa buah epal/oren.
hehehhehe alaaa beli suku kilo baru rm5-6 ja pa :p
Post a Comment