Apa macam minggu anda? Ada baik? Mine so far macam tak da apa-apa. I'm back to work now selepas 11 hari cuti sakit (yes, baru kerja 2 minggu terus mc 11 hari!!). Hari pertama kerja, ditujah soalan cliche mana-mana manusia yang telah dipotong badannya iaitu:
"Adakah sakit semasa dibelah?"
"Berapa ringgit kena bil hospital?"
"Dah sihat dah ka?" (ni soalan no sense amat ok..kalau tak sihat mestilah cuti lagi kan?)
Seperti alat perakam yang unggul, I keep repeating jawab soalan-soalan ni beberapa kali sepanjang hari tu.
Patutnya I ada kelas pukul 830 pagi setiap Isnin. Memandangkan I baru masuk kerja balik, my boss minta I pi observe cikgu ganti kelas I. Kira macam ala senior pi observe la ni..yes, MEMANG SANGAT KONON!
So, masa I tengah berjalan nak pergi ke kelas tu satu student ternampak I. Dia sangat terkejut. Bajet lah kan since semua orang ingat I akan datang balik kerja lambat lagi...Then bila student tu nampak I jalan ke arah kelas, dia serious muka bapak terkejut! Then terus dia tanya:
*note: ni student Mongolia ok, jadi penguasaan Bahasa Inggeris tahap paling- amat- sangat asas*
pelajar : miss, you here?
I : yes. im good now so im back to work *sambil senyum ikhlas*
pelajar : but miss, you can walk?
I : yes! why cant i?
pelajar: miss you cut body miss?
I : *rasa pitam sikit* err..yes..I had a surgery for appendix (sambil memahami konteks cut ialah dibedah)
pelajar : yes I know miss. Appendix, you can walk?
I : YES. Why not? It's nothing to do with my legs..(dah mula geram)
pelajar : but (dia sebut but, as in 'boot') miss, appendix is here no? (sambil tunjuk kat lutut dia!!!)
I : oh...emmmm......(tak tau nak gelak atau nak hantuk kepala kat dinding) No, appendix is here (sambil tunjuk ke arah kanan perut)
pelajar: miss, you cut baby??! (muka confused+ terkejut + tak puas hati)
I : no. Not baby. Appendix is inside here (muka geram nak tukar warna hijau dah)
pelajar : Oooh...ok.
*buka pintu kelas dan masuk*
Then masuk kelas students lain pun mula terkejut. Apparently semua yang budak Mongolia ni ingat appendix tu kat lutut sebabnya semua pun dok tengok kat kaki I sambil cakap...
"You walk miss!!!"
Ok serious, diaorang ni memang ada masalah penempatan anatomy. Sejurus I duduk di meja belakang sekali (nama pun observer kan..hehehe), macam-macam soalan lah diaorang tanya seperti;
“Did you die when cut?”
Serius soalan malaikat maut yang ini. I budget soalan dia bermaksud adakah I dibius penuh semasa dibedah yaa...
“You have 2 stomach hole now miss?”
Iaitu lubang operate dan pusat kot.
“You have plastic appendix now?”
Ni serious soalan diluar alam semesta. Tak pernah pulak I dengar plastic appendix ok!Hahaha!
Lepas menjawab soalan-soalan menguji keselamatan minda dari diaorang ni, I pun observe lah kelas mereka. Then tutor baru tu buat vocab exercise dengan diaorang dengan menunjukkan gambar-gambar haiwan sambil suruh mereka beritahu apa nama haiwan-haiwan tersebut. Haiwan yang glamour umpama chicken, cow, horse goat, bird semua diaorang boleh jawab dengan mudah. Then tutor tu letak gambar haiwan lain pulak. Ini respon mereka ok.
Gambar : Panda
Respon : Kung Fu Panda!!!!!!!
Gambar: Itik
Respon: Donald Duck
Gambar: Ikan
Respon: Nemo
Respon lain: Sushi King!!!
Gambar: Sotong
Respon: Paul!!!
Respon lain: Yes, paul...rest in peace paul!
Gambar: Wolf
Respon: Jacob Twilight
Terus tutor baru tu muka macam nak menangis stress. Hehehehehhe ;) Then, masa nak balik ke rumah as usual jalan jam. Then I'm stuck for a few minutes baru I realized this...
Kereta depan kereta I. Kereta Volkswagen Beetle.
Kereta belakang kereta I. Kereta Mini Cooper S.
Bukti I dihimpit dengan kereta-kereta bapak mewah gila idaman semua orang. Kereta I? Viva. Viva ok! Rasa macam geram sikit tak? Rasa kerdil tak? Hehehehehe :) :)
That's all folks. May semua orang akan ada minggu yang baik, minggu yang bermanfaat dan minggu yang bebas dari rasa hiba dan sedih. Amin.
2 comments:
a.k.a cik nymous
i dgn hati yg berat buka laptop nak siapkan keja yang wajib submit sebelum jam 2 a.m...tapi somehow i ter'follow' link ke blog nh... dengan hati yang belum ceria (coz belum ada mood nak buat keja) i pun membaca lah dengan penuh khusyuk ... wahahahahaha...bila dah sampai tgh dan semakin ke hujung mmg tak dapat dinafikan lagi bukan setakat ROFL ok, terguling2 ke kanan ke kiri i membayangkan situasi yang berlaku dalam cerita d atas...hahaha betapa indahnya hari2 yg dilalui dengan pengalaman sebegitu, tak lama lagi pandailah pelajar2 tu...these experiences are to be treasured ;)
hi cik nymous! :) hehehehe im glad dapat 'menggulingkan' u..hehehehhehe
Post a Comment