Sunday, November 14, 2010

mai nak kongsi

Hi folks,

It's been a while isn't it? Been really busy with soul discovering activities...(ayat macam monyet!) Hehehehe..Ok, sekarang I ada satu benda nak share lah. I bet some of you (yes, the 3 of you that reading this) may or may not know about apa yang I nak share ni. Bukan benda gempak apa pun just pengetahuan tentang ilmu alam. Wah!

Ok, ingat tak post yang 2-3 lepas I ada mentioned I ada students Mongolia? Well, to be honest the only thing I tau pasal Mongolia ialah Genghis Khan dan Altantuya. Tu ja ok....dimanakah negara tu, or apa jenis orang-orang di negara tu LANGSUNG I TAK PERNAH NAK AMBIK TAHU.

Sampailah bila I kena jadi tutor untuk 3 orang pelajar yang datang dari Mongolia barulah I tahu serba sedikit tentang Mongolia. Ni kira summary dari sesi terjah-menerjah between I dengan diaorang (tell you, masa I tanya diaorang takut ok ingat I ni polis ka apa)

1. Mongolia terletak dekat dengan Rusia dan China. Sebelum ni I sangkakan Mongolia terletak di India! Tsk...tsk...tsk...buta geography sungguh I ni.

2. Orang Mongolia putih-putih. Muka diaorang ni macam tak cina, tak orang putih gituuu...Macam kalau orang Cina mixed omputih dapatlah muka macam diaorang. Tapi kebanyakkan diaorang mata sepet.

3. Mongolia ialah negara yang dikenali sebagai landlocked country. Maksudnya negara yang tak ada laut. Yes unlike Penang dimana jalan mana ja nampak laut (of course lah dah nama pun pulau), orang Mongolia tak tengok laut. Lokasi berair yang kira macam best bagi diaorang ialah tasik dan sungai.

4. Bahasa mereka dikenali sebagai Mongolian Language. Tulisan asal mereka ialah Mongolian Script. Dia macam tulisan yang unik I rasa. Sebab dia tulis dari atas ke bawah and berangkai-rangkai. Bentuk tulisan pulak nak mai macam Jawi tak Jawi, Sanskrit tak Sanskrit macam tu. Sekarang ni kira macam generasi sekarang dah tak tau sangat tentang Mongolian Script ni sebab diaorang officially guna tulisan cyrillic. Cyrillic ni ialah tulisan yang kita selalu tengok kat apa-apa benda yang berkenan dengan Rusia. Tulisan yang terbalik-terbalik, petak-petak tu. Yes, yang tu. Jadi diaorang guna kaligrafi cyrillic dalam penulisan seharian mereka di Mongolia. Cool gila ok! Kamus suma pun dalam tulisan terbalik terbalik ni. Dan kerana sebab ini, penguasaan Bahasa Inggeris mereka sedikit lemah sebab nak menghafal tulisan rumi pulak macam confusing sikit.




5. Yang ni I taktau betoi ke idak. Ni budak-budak tu yang cakap. Tiada penerbangan direct dari Malaysia ke Mongolia atau vice versa. So kalau ada orang dok cerita "hey I naik flight pi Mongolia direct semalam". Ini pelemah namanya. Kerana mereka mesti transit di Korea dahulu. Dan ini buat tiket tu jadi mahal. Katanya Mongolia ke Korea lebih mahal dari Korea ke Malaysia sebab hanya boleh naik Korean Air manakala nak ke Malaysia boleh naik Air Asia.

6. Diet mereka ialah daging. Daging. Daging dan daging. Mereka makan lembu dan kambing tahap taat. Sebabnya bentuk muka bumi kawasan mereka ialah berbukit bukit sejuk macam dalam cerita Sounds of Music kot. Dan cuaca sejuk sentiasa walaupun 4 musim. Jadi dengan makan lembu dan kambing ini boleh memanaskan badan mereka dan memberi tenaga untuk perang panjat-panjat bukit kot. Kalau cakap pasai seafood dengan diaorang umpama cakap tentang tempoyak kepada orang Arab sebabnya mereka tak layan makan seafood. Dah negara pun tak dak sea kan. Even udang mahupun ketam pun diaorang tak tahu. Nak tanya pulak pasai gamat? Semoga berjaya lah.



7. Di negara mereka tidak terdapat McDonald atau KFC. Ini sangat bagus kan? Kiranya orang Mongolia ni memang sihat-sihat terlepas dari kedurjanaan fast food.

8. Kebanyakkan mereka pandai naik kuda. Tapi tak pandai berenang. Orang yang dok pulau pun tak reti berenang jugak jadi ini kira normal.

9. Walaupun I hanya tahu tentang Genghis Khan, rupa-rupanya hero mereka yang agung ialah red hero. Tu maksudnya Ulanbataar (ni nama capital city mereka). Red hero tu sapa I tak tahu sebab masa dia terangkan I dengar macam "rat row" so I macam confused dan imaginasi liar fikir mugkin city tu pernah diserang tikus berbaris-baris banyaknya. My god, sangat bimbo kan?

10. Orang Mongolia sangat humble, hormat menghormati dan GENTLEMAN. Yes, sangat terkejut ok bila tengok lepa gentleman. Macam wow! biar benar...

11. Bila mereka bercakap sesama mereka, bahasa diaorang akan kedengaran seperti berbisik. SERIOUS. Dia akan bunyi macam "psstt...sssuuuuhhhh sssiiihhh ssssssseeeee shoooooo sssshhhhhiiiii pssss". Tak percaya cuba Google or Youtube tengok. Even bila mereka cakap dalam English pon halus ja nada diaorang sampai tak dengar apa.

Ok, tu ja kot yang I boleh summarized. Apapun, it's a nice new experience untuk kenal orang dari tempat lain. Banyak yang boleh dipelajari dan diajari at the same time. Personally I rasa Mongolians are very gentle, humble and grounded people. And itu hanya dari observation I. Ok apa lagi pergila wiki tentang Mongolia. Hehehehehe

3 comments:

Anonymous said...

Ooohh...cik nymous sangat suka post ini ok... hahaha... u punya writing very entertaining... :) kalau cikgu sejarah or geography i kat sekolah dulu bg nota macam ni, mesti i dah pandai tak hingat skrg nih...(tetiba salahkan cikgu plak). :p One more thing, I think you have the keen eye, inquisitive mind, and light heart of a journalist. Why don't you give journalism a go? Perhaps as freelance/part-time writer for a magazine/newspaper? I for one does not mind reading a whole book of your experience written in your style and outlook. Best wishes!

kakak said...

badut! :P

domestic goddess wannabe said...

cik nymous: aaawwww....*malu-malu* terima kasih :) sesungguhnya saya budak baru belajar :) thank u for ur suggestion i'll keep that in mind dan terima kasih sebab baca dan komen :) selalu tengok komen akan ada rasa renjatan gembira yang berlanjutan selama 24 jam tau :) :)

kakak: aku badut, hang? LAPORAN BAIK :p