How's your Monday? Hari Isnin I bagus-bagus saja. Classes were good and patah balik ke tempat kerja sesudah sampai di rumah sebab tertinggal memory card atas meja ofis.
Aah..the bliss of kenyanyukkan....
Anyhoo, tadi masa lunch I sembang-sembang dengan colleague I. Sangat pelajaran kehidupan baru bagi I ok! Bapa colleague I ni seorang askar. Pesara askar? Mantan askar? Bekas askar? I minta maaf lah, I tak tau term yang tepat untuk cakap bekas askar.
Berbalik kepada cerita, jadi tengah sembang-sembang I tanyalah bapa dia askar bahagian mana..dia kata semboyan. Terus I nyanyi sikit-sikit "semboyan berbunyi....~~~" dalam kepala I masa tu sambil at the same time tengah imagine askar Malaysia pegang horn ala anak perempuan tauke Naza guna masa kenduri kahwin dia. Ok, yes, SANGAT IMAGINASI SEORANG BIMBO!
Kemudian, I tanya lagi. Semboyan tu apa maksudnya? Dia cakap bapak dia bahagian komunikasi. Bapa dia bertanggungjawab untuk menerima dan translate mesej yang diberi kepada askar. And I cakap Wow. Then dia teruskan yang askar sampaikan mesej dalam bentuk bunyi. Lantas, I terus DOUBLE WOW! Dia explained lah yang bunyi tu ada different tone dan setiap tone tu represent kod atau huruf dimana bapak dia bertugas untuk tukar tone-tone ni ke satu mesej yang jelas dan boleh difaham oleh askar lain. GILA SUPER DUPER WOW WOW WOW HEBAT GILA GILA LAH!!!!!
I for real tak pernah tau kewujudan such thing. Pernah la tengok cita perang-perang dulu askar macam tekan satu alat ni then macam ada bunyi "teeeekkk....tirit..tirit...tirit...teeeeekkkkk" macam gambar kat bawah ni tapi tak pernah I terfikir it's actually ialah kod! SUPER COOL!
I pun apa lagi google lah. I rasa kan, kod yang dimaksudkan ialah kod Morse. Tapi I tak sure. I kena rujuk pakar ilmu ketenteraan I iaitu Aji.
Ok, I memang perak buih sekarang ni tahu tentang cerita ni sebab I memang buta ilmu ketenteraan. Tentang tentera yang I cuma tahu ialah tentera laut nampak sangat menggeletarkan lutut, menyimpulkan usus dan menterbalikkan pusat bila diaorang in their full uniform..hehehehe tapi cool kan kod Morse ni?? Patutnya I tahu tentang ni dari sekolah rendah lagi barulah boleh tulis surat rahsia kat kawan-kawan daripada guna bahasa konon kod sangat 'ma-ma-fa-fa' yang macam orang kena renjatan ja tu...
Jadi, sapa-sapa tahu tentang tentera marilah share. I genuinely nak tahu. Afterall, tanpa askar-askar yang amat berani dan banyak berkorban ni, sudah tentunya perut kita dah jadi baja sebab kena belah dengan Siam (erk..andaian amat merepek).
Oh by the way, berbalik kepada colleague I tu. Rupa-rupanya Tok Wan dia ialah askar, bapak dia askar dan 2 orang siblings dia jugak askar!!!!! Then I teringat masa kat USM dulu pun ada kawan I yang family dia dari tok, bapak, pakcik, sepupu, adik beradik dan dia semua pun askar jugak! Seriously, I can't thank your family and the rest of the askar enough for being so selfless in protecting our dear country. Terima kasih banyak-banyak!!! I really truly mean it.
So, hanya nak update tentang tu. Sekarang I nak tengok Desperate Housewives dekat watchdesperate.com (BAG sangat hot!!!!!!) dan lepas tu I nak wiki lebih banyak tentang tentera Malaysia.
Adios folks!
Photos courtesy of Google
No comments:
Post a Comment