Apa punya panjang tajuknya? :p Story dia macam ni, setiap bulan my Mr. Batcha ada habit untuk buy me books. Usually ianya ialah chic lit. Hatta, sekarang ni buku chic lit dah berleluasa dirumah I to a point where my mom dah fed up untuk menyusun lantas hanya mencampak buku-buku tu.
Rumah kami pulak umpama rumah Mickey dan Minnie Mouse. Kecil dan penuh dengan barang. Jadi nak cari tempat nak simpan buku-buku ni pun dah tersekat. Kerana buku dah banyak, I ingat nak jual dan guna duit tu beli handbag tapi tak sampai hati sebab each of the books ada sentimental valuenya. (yes, I'm that hopeless jiwang) so I tak tau nak buat apa. I takmaulah lenyapkan buku tu terus dari pandangan I but at the same time I takmau jugak nak kena menatap tengok buku-buku tu setiap hari.
if only rumah semak tapi masih nampak bergaya macam ni..
Jadi, I telah mendapat satu buah fikiran dimana sesiapa yang tengah baca entry ni (yes, I mean three of you who are reading this) dan duduk di Penang, jika anda berminat untuk meminjam buku-buku ini untuk satu tempoh nyata dan mengangkat sumpah untuk menjaga buku-buku ini (ngeh ngeh ngeh), silalah beritahu I. You are cordially invited untuk meminjam dan bersama-sama baca chic lit ini :) I ada jugak collection buku yang konon serious. I akan listkan buku-buku yang tersedia untuk dipinjam in few days time. This offer hanya bukak untuk orang di Penang sebab senang nak pass buku tu :)
rak buku impian. tapi kat rumah ada tangga flat ja..how?
So, yeah jika berminat silakan :) silakan :) bersama kita berkongsi dan menyahut cabaran kerajaan untuk membina minat membaca (chic lit pun kira membaca jugak ok!) By the way, antara senarai buku yang I ingat sekarang ialah : The Shopaholic Series (including mini shopaholic), semua buku Sophie Kinsella plus buku yang dia tulis dengan guna nama Madeleine Wickham, Maya Angelou, Lindsay Kelk, School for Husbands, Potter dan tu ja kot yang ingat. Hat lain kena korek tengok. Will update soon bila cuti CNY start! :) If you ada buku yang terlintas fikiran dan nak tanya, silakan tanya mana tau I ada. Selamat maju jaya!
3 comments:
bintok, i love the book shelve kat bawah tangga tu. aku pernah berangan nak buat gitu, unfortunately bawah my tangga dah jadi stor :( so have to wait till i move in to my own house la nanti. heeee.
hehehehhe kan?!!!
I love the book shelves
Post a Comment