Happy birthday Adam! :)
Hari ni birthday anak bongsu boss aku, Adam. Sebaya ngan Syafiqah a.k.a. Kak Pah. Ni sat lagi aku nak pi siap-siap and bertolak ngan Emma nak pi birthday party dia. Kami jadi cheerleaders dia untuk party ni. Yes, kami berparty di hari Ahad wei...sangat adult! Keh keh keh keh...
Minggu ni minggu berat dan minggu dup dap I should say sebab assignment due minggu ni, tu satu hal. Then hari Rabu ada test paling aku kecut perut punya iaitu tak lain tak bukan paper Dr. Hajar lah. Naik tepu otak aku punya dok revised sebab ketaq lutut tak lepas paper nih. Tak cukup dengan semua tu, aku kena buat proposal untuk kelas Marketing aku plak. Haihs...agak tension keja bertimbun-timbun. Tak cukup dengan tu lagi!, aku masih tak tunaikan tanggungjawab aku sebagai supir keluarga nak bawak mak ngan mama pi Tesco plak. Bila masa yang aku nak pi pon aku tak pasti.
Dalam aku dok gelabah biawak dok try virtually manage my time and tasks, Suhaimi kawan kolej aku message bagitau dia ada lawatan kat USM maka nak berjumpa. Aduhai...awat semua benda gedebuk time ni? Hari ni plak tu. Maka aku nak kena seru semangat WonderWoman + Gaban untuk hilangkan keserabutan otak aku ni sat.
Maka, aku pon surf la net. Konon nak bagi relax sikit tuptup dok melekat la plak kat sini. Aku baru baca column Azmi Sharom a.k.a. Hero Suara Malaya aku. Kawan ni memang bestlah! Aku tak tau apa yang best sangat pon sebab selalunya topic dia cerita pasai politics dan aku bab-bab politics ni kureeeng sikit, tapi Azmi Sharom nilah yang aku guna untuk tau serba sikit tentang bab ni. Tak minat macam mana pon pasai politic kita kena ambik tau jugak walaupun ciput...kan?kan? kan? Ni article baru dia, best. Aku suka. Ayat dia sangat clear. Satu-satu bagi orang lembap (computer saya guna elektrik) macam aku ni mudah paham.
Then setelah tengok Crows Zero semalam dimana cerita tu bagi aku very the canggih mengalahkan cita Rajni Khan a.k.a. Macha Brownies aku hatta, aku telah berkenan kat satu lagu dalam cita ni. Dia keluaq kot awai movie tu. Lagu dia sedap and sora penyanyi dia memang tahap oooh i fancy that! Walaupun waktu mula-mula kemunculan penyanyi dia dalam clip ni buat aku terkedu dan tersedak serbuk muruku didalm mulutku, namun kesedapan lagu ni memang tak dinafikan bagi aku. Wicked music taste of Aliza Mansoor bagi rate lagu ni : 4/5. Try dengaq.
Lagu ni pon macam kena ja bila time-time baloq melanda diri nak mula buat kerja, hah aku sarankan dengaq lagu ni kuat-kuat gerenti naik tok sheikh macam mat jepun rambut masyuk nih. =p
Ok, time to jadi cheerleader Adam. Sib bek dia takut badut kalo tak berangan jugak aku ngan Emma nak jadi badut. Ngeh ngeh ngeh..
Cau cin cau!
No comments:
Post a Comment