Nasik lemak paling glamour kat kawasan ni tak lain tak bukan nasik lemak Mak Kiah. Dia berniaga di pagi hari. Memori dan pengalaman aku makan nasik lemak ni memang seronok. Aku personally mengelarkan nasik lemak dia as nasik lemak retro sebabnya nasik lemak dia ada adunan santan yang bagi rasa lemak tu memang cukup rasa dan sambal dia perrgghh toksah cakaplah memang sedap. Orang-orang dulu ja rajin nak letak santan. Orang lani kukuih xpun buat nasik lemak ciplak. Harga pulak hanya RM 1. Memang berbaloi. Selalunya by jam 9 pagi macam tu nasik lemak Mak Kiah pun dah lesap dibeli orang. Gambaq nasik lemak ni aku belum sempat tangkap al maklum dipagi hari aku berebut nak ke USM. Akan aku tangkap jugak satu hari.
Rate nasik lemak Mak Kiah : 4.5/5
Dengan kejayaan Mak Kiah ni dan keglamouran dia menjuai nasik lemak ni dah nak masuk 2 tahun kat Balik Batu ni, maka adalah para peniaga lain yang ikut jejak langkah dia. Tapi lepa ni juai petang (mungkin suami Mak Kiah yakni Pak Id dilihat sebagai otai maka peniaga lain takut nak tumpang glam pagi2..hehehehe). Peniaga pertama yang juai petang ialah Mat Deris Karipap. Dia ni mula famous ngan karipap dia, siap pernah masuk The Star lagi tu. Then aku tak pastilah dia ambik nasik lemak sapa juai. Dulu sekali makan sedap tapi lani rasa dia dah kurang. Harga RM1.20. Aku tak berkenan nasik lemak ni sebabnya teloq rebuih dia tak montel, sambal dia cayaq cuma nasik dia sedap. Rasa manis and lemak. Tu ja, yang lain tak membantu untuk bagi rasa happy dan puas hati. And oh, daun pisang nasik lemak dia cukup besaq ala nasik lemak Mak Kiah so aku suka sebab boleh pusing nasik and lauk dengan bebasnya. Ni rupa paras nasik lemak yang dijual oleh Mat Deris:
Rate nasik lemak dijuai Mat Deris Karipap: 1.5/5
Rupa sebelum diterjah.
Kelebaran daun pisang dia memberi kebebasan (:
Minggu lepas aku terkejut tengok ada orang letak payung berniaga kat tepi bus stop umah aku. Ushar punya ushar baru aku tau Adis iaitu kawan anak hantu abang aku dan juga abang kepada insan favourite kakakku dan Azri, Muhalita yang letak payung tu. Dia pun juai nasik lemak hasil masakan dia sendiri!! Haaa...jangan tak percaya bapak anak dua ni yang sebaya abang aku boleh masak nasik lemak buat juai. Aku pun malu.... Aku tak beli minggu lepas sebab tak terasa lagi. Tapi tadi petang aku mendapat seru untuk menyerang nasik lemak dia. Harga RM 1. Aku bukak ja aku dah terkejut, aku tak nampak nasik sebab dia tutup dengan ikan bilis bapaklah punya banyak. Ini sudah bagus...Aku pon makan, then aku sedaq takdak teloq rebuih. Agak frust jugak sebab dia ganti teloq rebuih ngan teloq goreng dipotong nipis dan kecik. Tapi luka diubati sebab aku tak benti-benti punya dok kunyah ikan bilis. Memang sedap. Hampir setanding ngan nasik lemak Mak Kiah. Aku memang teruja dengan kelazatan nasik lemak Adis abang Muhalita ni. Cumanya kalau dia nak perbaiki lagi nasik lemak dia,
1) Letak teloq rebuih. Teloq goreng tak kick lah. . .
2) Letak daun pisang yang size lebih bebas. Daun pisang dia muat nasik ja. Aku agak stress nak pedo nasik dari tak tekeluaq line. Kira aku makan dalam kongkongan daun pisang dia.
Rate nasik lemak Adis abang Muhalita : 4/5
Part ni yang palat sikit...tengoklah size daun pisang dia. Harap dibesarkan lagi daun pisang tu.
More to come, nasik lemak Cherry Baby, nasik lemak Liverpool, nasik lemak Desa Aman dan banyak lagi!!
7 comments:
cik adik liza,
terliur kak hani kat sini.. rasa teruja. daun pisang susah nak dapat kot, tu yg adis jimat. Kat sini pun ada jual nasi lemak, every saturday & sunday, tapi takdak la balut daun pisang. so tak kick sgt la sebab aroma daun pisang tu yg best.
kak hani nak kena train abg masak nasi lemak la camni... adis pun pandai masak. abg pulak nak goreng ayam pun kena guna perisai.. and berdiri sedepa dari dapur..ekekeke.
wakakaka...xpala kak hani,at least pakai perisai.ada kes masak ayaq pn dok konpius lg
muhalita?muahahahahaha....
hah? guna perisai? bediri sedepa? hahahahhahahahhaha!!!! nak kena bagitau kat adis ni macam ni =p train abang buat kuih jugak ble dia lawan adis ngan pak id
kakak, kes masak ayaq konpius tu aku tau sapa...tu mmg kes kesian..isk isk isk...
liza, kita tagteam bukak gerai gak kat situ nak tak?
aku bak kuaq modai..
kita juai biskut/kuih bengkak yg hang buat time rasa tu..
hahahaaaaa
korang asam...baru smangat nak jadi team hang buat peleceh plak..
Aiyak.. lapaq la plak tetibaaaa
Post a Comment