Firstly, Happy March everyone! :)
Aku suka bulan March. Sebab dia number 3. No favourite aku. Tapi March jugak adalah bulan paling banyak birthday yang nak kena sambut. 4th birthday Azri, 6th birthday Kak Honey, 27th birthday Shahirah, 29th birthday abang. Tu adik beradik ja belum masuk rakan taulian lagi. Boleh ketaq lutut macam ni. . .maka yang terbaik adalah untuk memberikan ucapan ikhlas :D ngeeee~~
Hari ni aku keja untuk 2 jam. Boss aku tak sihat maka dia kata aku boleh take a day off. Sesudahnya aku selesai belek membelek meja aku dalam ofis tu aku pun berangkat nak balik ke rumah. Elok sampai kat traffic light lampu memang dah merah. Depan aku uncle tua rambut serba putih dalam keta. Selama ni aku memang ada pantang tok kuda putih bila aku tengok warga emas drive keta or motor sebab bagi aku lepa drive slow satu hal, lepa jugak suka drive tengah-tengah medan bagi orang tak ble potong lepa(aku selalu kata bila aku tua aku tak payah drive aku naik bus!! konon!). Dengan pemikiran aku yang sempit lagi riak bongkak aku pun kata sorang diri dalam keta (ada gaya macam orang gila jugak) "Uncle ni mesti hegeh bawak keta. Sat mesti lambat gila. Bengong betoi pi duduk belakang dia!! Aku patut duk lane lagi satu tadi. Haih..."
Hatta lampu hijau pun berkelip lah, then buruk sangka aku dan kebongkakkan aku ternyata meleset dan pang! kena kat muka aku balik kaw-kaw punya malu dan hina sebab uncle yang rambut serba putih macam Kuswadinata tu punya rempit fuuuhhhhhh gila babeng punyalah! Seriously dia pederaih kira dia pi dulu dari lane-lane tepi dia. Aku memang terkesima dan kagum. Berseorangan aku malu ngan kelaseran mulut aku yang tak bertempat tadi. Sib baik aku sorang ja dalam keta.
Maka, moral of the story is never ever ever ever underestimate people. Never ever ever ever judge people by their looks and never ever ever ever ingat diri sendiri paling best. I've learnt my lesson today. Bak kata orang, tua bukan sebarang tua wei! To that uncle, I tabik hormat kat you!!
Currently listening to:
Paramore - Born For This
Lindsay Lohan - Bossy
2 comments:
Liza.. my birthday bulan ni jugak :D:D:D <--kes tak malu!
Sile remindkan Ami ye hehe..
oo happy birthday! :) kakak dia tu gone case, birthday dia sendiri pon dia xigt
Post a Comment