Sunday, March 22, 2009

konon ngeri...

Pada hari kelmarin setelah aku terjaga dari buaian tidurku yang nyenyak, aku menuju ke meja makan dengan harapan untuk menjamu mata dengan kuih-muih yang enak. Namun meja itu kosong. Aku pun mengatur langkah ke pintu utama rumahku untuk ke destinasi seterusnya iaitu gerak Mak Kiah. Tetapi aku tergamam + terkejut biawak + terkesima setelah mendapati benda ini dihadapan pintu rumahku.



Gergaji dan sebilah kepak kapak! Lalu aku berpaling kesana kemari untuk mencari jawapan dan aku nampak kucing aku Senja terlantar diatas sofa.



Apakah....?



Mungkinkah perut Senja telah dirobek??? Lalu aku pon memberanikan diri untuk melangkah luar mencari jawapan...



Habis jalan semuanya musnah..

Dan ketika inilah aku melihat dua makhluk kecil ditempat punca kejadian...



Makhluk kecil (dua-dua berselaput dengan bedak sejuk sebab baru lepas mandi) tersebut tergamam melihatku..amar dan iqah lebih kepada trauma tengok aku dengan rambut penyapuku menuju kearah mereka.

Lalu untuk mengelakkan diri dari dimarahi kerana bermain di kawasan tebangan pokok (heheh gergaji tu mamak potong pokok tinggai sat depan rumah) Amar anak kepada Adis-nasi-lemak-sedap telah memposekan diri sebegini rupa dan ternyata dia berjaya buat hati aku cayaq. Xjadi nak hamput dia....(sebab utama xhamput adalah ketakutan yang amat terhadap ucunya, Muhalita a.k.a. favourite person Azri dan kakak)



Peace kak liza! Itulah katanya. Pak lawak jugak Amar nih..


Sekian terima kasih.

4 comments:

Sakiinah said...

memang cair..lepas ni u kena pakai spek hitam to avoid their spell ;P

Anonymous said...

dia takut pulak tgk hng,siap buat peace lg.

Anonymous said...

Hmmmm...dah besaq anak Adis ni. Berapa orang anak Adis?

domestic goddess wannabe said...

haaa..takut la tgk rambut aku mengerbang. adis ank dia 2 kot. ni yg bongsu kalo xsilap. darjah 1