Hari ni ada satu lagi petua untuk hilangkan panas badan. Kepada orang yang minum air kosong hanya suku gelas sehari, mandi 2 kali ja sehari dan yang hanya basuh kepala selang 4 hari, ha cubalah petua ini untuk hilangkan panas didalam badan, untuk meringankan rasa berat kepala dan juga untuk rasa fresh :)
Caranya very the mudah one. Ambil 2 biji limau nipis (BUKAN limau purut yang berkerutu tu or limau kasturi yang kecik dok buat air limau ais tu). Belahkan limau nipis tu dan perahkan atas kepala. Bila jus limau tu keluar, sapu-sapukan berserta gosokkan dicelah-celah rambut.
Kemudian, ambil kulit limau tu dan gosokkan kat kulit kepala (ini untuk hapuskan kelumumur jugak). Biar 10-15 minit setelah habis upacara gosok-menggosok. Lepas tu mandi dan basahkan kepala dengan AIR SEJUK. Air sejuk merujuk kepada air yang mengalir dari paip tanpa bantuan heater atau yang sewaktu dengannnya. Amalkan amalan ini 2-3 kali seminggu dan Insyaallah anda tidak lagi akan rasa berat kepala, rasa macam nak basi atau rasa panas-panas dah. Kelumumur pun akan musnah! :)
Selamat mencuba! :)
4 comments:
limau mmg elok utk kepala
oi,ni petua ubt mak nih :P
Wahh.. nak try la
britshilia: yes :) shampoo pun banyak letak limau kan?
kakak: wakakkaka ha aku pun baru perasan sama! kena panggil pak chaq tu mai jadi guest blogger lah :p
kak ayu: sila..sila :)
Post a Comment