Monday, November 28, 2011

nursing a broken heart



Hoh! Satu issue yang very sensitive but I think most of us had experienced broken heart before. Be it by love or by friendship or even by bank loan, one way or another broken hearts is unavoidable to human being.

Now, sekarang I nak cakap tentang broken heart yang putus cinta. I dunno why but my friends usually come to find me when they are heartbroken. They will cry, whine and stump their feet at me. Not that I mind it, but I've starting wonder what's it about me that orang cari bila patah hati? Hmmm... one thing for sure, I don't give good advice. Hardly. Ever. I sendiri pun selalu rely on others bila bab nasihat, macam mana pula nak nasihatkan orang?

But, these are the things to do that I always cakap kat my friends yang patah hati. Do this and cure your heart. So sekarang I nak share and list it down so that lepas ni apa-apa masalah hati, jiwa dan raga rujuk ja kat blog ni. Boleh macam tu? :p

1. Menangis. Kalau dah hati luka buat apa nak cover dan control macho lagi? Menangis ja sepuas-puasnya sebab akan rasa lega sikit lepas tu.

2. Bercakap dan luahkan perasaan tu kepada seseorang yang a good listener.

3. Makan comfort food. Masa ni lah nak tibai makanan apapun tanpa rasa bersalah. Ice cream? Chocolate cake? Tempe goreng? Silakan makanlah...

4. Berjalan. Kalau sebelum ni diri penuh rasa malas dan berat, now is the time for you to walk , walk and walk! Bila jalan akan keluar peluh dan keluarkan hormon yang mengembirakan.


5. Terima hakikat yang tiada jodoh dengan si dia. Percayalah yang akan jodoh yang lebih baik dok tunggu kita.

6. Baik pulih diri. Pi lah potong rambut ka, urut badan ka...apa-apa yang rasa boleh manjakan diri.

7. Luangkan masa dengan kawan dan keluarga. Sebelum ni time bercinta lupa kepada kawan dan keluarga, ha sekarang masa nilah nak baik pulihkan hubungan ini.

8. Bercuti. Ada duit lebih? Sila pergi bercuti. Tak perlu sampai overseas. Kalau bercuti kat Lembah Bujang pun dah boleh dah..

9. Cari hobi baru. Baking ka, cooking ka, gardening ka...

10. Volunteer. Masa ni boleh kenal orang baru dan different aspect of life.

11. Tulis surat good riddance. Ini kira sebagai penamat kepada segala ombak sengsara lah. Wah ayat!

12. Paling penting dan paling tak boleh ditinggalkan, jangan lupa sembahyang dan berdoa kepada Allah untuk berikan yang terbaik dan sentiasa berikan ketabahan untuk teruskan hidup.

Selamat maju jaya dan if he/she left you, remember one thing; it's his/her lost then! ;)

No comments: