Sunday, August 22, 2010

Temuduga

Been really busy lately with interviews. Really interviews. Yes, temuduga. Never feel so susah and resah kena well behaved, tak gelabah biawak dan confident. Seriously, after all the interviews that i went to I really think the best job that suits me is being a clown. Like a professional clown. But there is one problem. . .I am so takut of clown! Semua ni start dari tengok movie "It" yang ada badut durjana nama Pennywise tu. My god, serious scary. Through out my life I had several perjumpaan clown. The first one masa abang, kakak and me was on our way head home from town then nampak badut naik motor! BAPAK LAWAK!! Badut as in dalam baju badut and complete dengan make up dia naik moto. Dia senyum ka tak makes no difference sebab make up dia memang dah dok tersenyum. Bwahahaha! Nasib baik siang. Kalau mau malam nampak macam tu, mesti phobia 87 hari tak keluaq rumah!

Then, second incident was when my nephew kerja kat Toys 'r' Us. Ada promotion apa tak tau dia kena pakai baju badut. Then he saw me at the mall so dok lambai-lambai panggil. Serious nightmare time tu! I almost shit in my pants yall!!! Sekali tengok my nephew.. dari nak pi tengok wayang terus cancel balik rumah sebab gabra kena approached dengan clown :p Then baru-baru ni masa pi Queensbay, elok tengah nak park kereta and got out from the car I nearly faint to death sebab kereta sebelah tu ada clown!!!!!!! Dahla dalam car park, sunyi, time tu macam petang-petang so gelap-gelap mendung, ada clown pulak!!!!!!! Clown tu boleh plak lambai tangan sambil buat-buat jalan pak lawak. I almost muntah tang situ jugak! Hmm...so macam mana nak kerja jadi clown macam ni? See? I'm such a rambler. Nak cakap tentang interview tup tup cakap pasai clown?! Aduhai...

Anyhoo, back to the interview matter. Ni ada sikit tips setelah dalam masa 2 minggu I attended 9 interviews!! Apa punya gila kuasa main tibai apply apa-apa kerja ja kat Jobstreet.com tu. Tips-tips ni diberi oleh my headhunter, my lecturers and kawan-kawan I yang dah melalui saat gentar pergi interview. Semuanya dah dicompilekan dan dilaksanakan oleh saya masa interview ritu. Nak kata berkesan atau tak, tu tak pastilah tapi so far ada yang positive outcome from the interviews attended :) So kepada sesiapa yang baca dan ada interview nak pergi or tahu sapa-sapa nak pergi interview bolehlah share the tips :)

1. Over prepare kan diri anda. Buat homework on the company background. Faham is better than hafal sebab kalau dok hafal nanti jadi macam Stormtroopers bagi jawapan pulak. Sah-sah interviewer akan tanya tentang company diaorang. This is to tengok kita ni jenis ada ambik kisah or tak tentang company depa. Then, google jugak tentang post yang kita apply tu. The nature of the work etc.

2. Sediakan salinan certs, IC, gambar passport and of course the original copy of your certs. Then bawak sekali a copy of resume. INI PENTING. Sebabnya kalau company tu berkenan kat kita tapi kita ni tak sesuai untuk company dia, dia akan ambil resume kita and recommend kepada company lain yang dia kenal. It happened to me. Certs semua tu please letak dalam pocket file and susun cantik-cantik (maksud kemas, bukan letak hiasan bunga dan pelbagai).

3. Pakai baju mestilah kemas. Bukan nak jadi racist or mengada taik unta, tapi kalau nak pi interview company yang macam agak-agak environment dia macam 'urban' sikit, betterlah pakai office attire. Ala...kemeja and seluar Padini pun dah jadi. Murah, smart and stylo. Kalau pakai baju kurung tak salah, yes nampak kemas tapi some company 'cha-ya-nun-alif' nampak kita pakai baju kurung terus dah kurangkan markah kita. Serious. Kasut sila pakai yang tutup ya. I'm lucky sebab masa grad last year mom bought me a pump shoes as graduation present. Sangat berguna kasut tu time-time nak interview ni :) Jasamu dikenang mama :) :)

4. Oh, yang pakai tudung. Please kemas. Ni sangat important. Janganlah pakai tudung ala selekeh nak pi beli taugeh 3 kupang kat market. Bawa image pemakai tudung yang profesional dan kemas. Yang tak bertudung, gayakan rambut anda dengan kemas :) Taruh minyak banyak sikit so that rambut-rambut gatal tu tak buat hal nak terpacak time-time ni pulak.

5. Bawak pen hitam yang berkualiti masa interview. Ini benda remeh tapi melambangkan seribu satu pandangan. Masa nak sign cover letter kita pun kena pakai pen yang dakwat basah tu jugak. Tak payah lah beli pen mahal-mahal. Pakai pen jenama Pilot yang harga RM 3.60 tu pun boleh. As long as nampak 'mahal' and profesional. Nanti masa nak interview tu, sebelum tu mesti kena isi borang dulu. Haaa isi borang tu dengan kemas jugak. Sebab nanti interviewer akan belek borang tu masa tengah interview.

6. Tak lokek senyuman. Cubalah kalau orang nak mintak pinjam ruler kita. Dia mintak tapi tak senyum, rasa-rasa kita nak bagi tak? Atau rasa nak campak baling melekat kat dahi si dia? Kan? Kan? Cuba kalau dia senyum-senyum masa mintak pinjam. Kita pun rasa senang hati nak bagi kan? Sama jugakla bila kita nak pi mintak kerja. Kena rajin senyum. Biar ikhlas tapi tak over. Janganlah kata mesti senyum, dok memanjang melekat fake smile kat muka. Gerun pulak nanti interviewer tu T_T Lagi satu, masa mula-mula masuk jumpa receptionist or sapa-sapa pun dah mesti start be friendly and senyum :) Jangan dok berlagak dengan dia ok. Padah nescayanya.

7. Be real. Be true to ourselves. Sebabnya kalau kita dok faking time interview, nanti bila kita dah kerja orang mesti hairan...aik? time interview dulu perangai dia ni tak macam ni pun. Haaaa...plus, kalau kita be real kita akan selesa and calm sebab kita tak cuba untuk jadi someone that we are not :)

8. Soalan yang akan ditanya oleh interviewer yang paling famous ialah : Describe yourself. Soalan ni bukan apa, diaorang nak tahu ja your communication skills. Boleh ka idaknya deni cakap omputih dengan lancar? Itu ja..ingat interviewer tu akan ingat ka tentang diri kita lepas kita keluar dari bilik interview tu? Sangatlah susah yaaa unless memang kita ada X factor yang buat interviewer tu terpaku dan terpana dengan personality kita sampai termimpi-mimpi ingat kat kita. Ok, tu creepy pulak.

9. Be honest, be sincere. Kalau taktau apa benda terus terang cakap tak tau. Jangan dok berlakon pandai nanti terjerat diri sendiri. Tapi jangan jadi bimbo pulak, masa nak mangaku kekurangan kita, cubalah sampaikannya dengan cara paling positive. So that nampak macam kelemahan kita tu boleh ditukarkan sebagai winning point kita sebenarnya. Honestly, it is tricky tapi selepas 2-3 kali practice, dah boleh buat :) Oh, bab yang betoi-betoi taktau and dah tak reti pusing, cuba tanya balik kat interviewer tu. Tanya pun kena tanya cara elok and kena gaya. Bagi interviewer tu nampak macam "oh wow, budak ni betoi-betoi interested dengan company ni rupanya and dia tak segan nak bertanya *sambil ingat pesanan orang tua, malu bertanya sesat berjalan*". Ok, over dramatic kat situ sat.



10. Sopan and be humble. Be nice and be polite. Selepas interview jangan lupa cakap thank you for having me here then senyum :) thank you for your time :) hope to see you again :) Haaa gituuu...then lupa, kalau interviewers sua tangan untuk handshake, just go for it. You don't want to be rude with them. Bukan semua interviewers tahu kita ni segan ka idak, boleh ke tak handshakenya. Ini masing-masing ada pendapat masing-masinglah kan.

Haaa that's all the tips that I can think of at this moment. Finally, ambillah saat-saat pergi interview ni as something delightful event that happened in your life. Seriously. Seronok jugak bila dah start dapat merasa pi interview. Dapat or tak dapat kerja tu belakang kira. Apa yang penting, kita nak get new experience, meet new people, 'sell' diri kita and make a good impression. Dan oh, merasa masuk office company or building yang selama ni kita tak pernah terpikiau nak masuk! Ngeh ngeh ngeh.. jika gelabah, banyak-banyak lah selawat dan tarik nafas dalam-dalam. Jangan stresskan diri sendiri. Peganglah kepada pegangan, kalau ada rezeki kat company ni, adalah. Kalau tak dapat kerja ni, then rezekinya ada kat tempat lain. Mesti usaha dan cari. Insyaallah, kita tak kan kecewa menonggeng bila interviewer cakap kita tak dapat post tu. Ok peeps, good luck and all the best :)

p/s: Oh my mak datok! Minggu ni ada lagi 2 interviews! Hopefully ni yang last sebab mesti buat decision dah. Wawawawawa buat decision lebih susah dari attend interview! T_T

3 comments:

Anonymous said...

tak kedekut ilmu u nie,,,,

spoiled brat said...

i want to hear more clown. please......

domestic goddess wannabe said...

anonymous: terima kasih :) sharing is caring :) :)

spoiled brat: cool name! na uh no no clown :p